RANCANGAN MALAYSIA SEBAGAI PLATFORM INTEGRASI
RANCANGAN MALAYSIA SEBAGAI PLATFORM INTEGRASI
ISI KANDUNGAN
1) PENGENALAN
2) KAJIAN LEPAS
3) ELEMEN INTEGRASI KAUM
4) MATLAMAT RANGKA DASAR
5) KESIMPULAN
6) RUJUKAN
1.PENGENALAN
Hubungan etnik dan integrasi nasional merupakan aspek penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia sejak sebelum mencapai kemerdekaan hinggalah pada masa kini. Kewujudan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik minoriti telah mengikat mereka dalam satu rumpun bangsa bagi membantu kerajaan membangunkan negara ini tanpa prasangka. Pembangunan negara Malaysia sangat bergantung kepada keamanan dan perpaduan rakyatnya. Justeru itu, selepas kemerdekaan, pihak kerajaan sentiasa memastikan agar perpaduan rakyat sentiasa diutamakan dalam merancang agenda pembangunan negara. Ini selaras dengan kewujudan negara Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk dan semestinyalah setiap kaum diraikan bagi memastikan pembangunan negara dikecapi oleh pelbagai bangsa dan kaum. Perpaduan kaum atau integrasi kaum menjadi penanda aras kepada usaha kerajaan menangani ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan sosioekonomi negara yang berlaku sejak penjajahan British sehinggalah awal kemerdekaan.
Maksud integrasi menurut Kamus Dewan ialah gabungan dua atau beberapa kaum unsur menjadi satu kesatuan. Dalam hal ini, integrasi adalah satu usaha kerajaan bagi menyatukan pelbagai kaum bagi membentuk satu bangsa atau kesatuan bagi membentuk perpaduan yang utuh. (http://prpm.dbp.gov.my) Hamidah Abdul Rahman (2009) melihat integrasi itu sebagai satu penyatuan antara kelompok yang berbeza yang hidup di bawah satu sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup secara aman tanpa mengira perbezaan latarbelakang dan budaya masing-masing dan integrasi ini boleh dilakukan melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi.
Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, negara telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam usaha merubah struktur ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berlangsung dari 1970-1990. Programprogram pembangunan dilaksanakan bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kemajuan pencapaian DEB yang dapat dilihat adalah dari segi pengurangan perbezaan pendapatan dan kemajuan yang dicapai oleh Bumiputera dalam sektor ekonomi moden, telah memantapkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum serta meningkatkan kestabilan politik dan sosial berbanding dengan keadaan sebelum tahun 1970. Pengenalan DEB memperlihatkan keseriusan pihak kerajaan bagi menangani isu perpaduan dan ketidakseimbangan kaum dari aspek pembangunan ekonomi. Usaha pihak kerajaan tidak sahaja tamat dengan pengenalan DEB, malahan perpaduan kaum terus menjadi antara agenda penting dalam pembangunan ekonomi negara selepas itu.
Kesimpulanya,melalui integrasi, bentuk penjajahan dapat dihilangkan dengan cara yang efektif. Munculnya organisasi nasional pada masa penjajahan menjadi salah satu bukti bahwa integrasi nasional perlahan-lahan telah terbentuk di kalangan masyarakat Malaysia.
1.KAJIAN LEPAS
Dzuhailmi Dahalan (et.al, 2015) tela membuat kajian ke atas tanggapan belia Malaysia masa kini terhadap persoalan keadilan dasar integrasi nasional yang dianjurkan oleh kerajaan. Seramai 600 belia Malaysia yang dipilih secara rawak dari pelajar pelbagai etnik dari sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang. Hasil kajian mendapati belia di Malaysia menunjukkan persepsi yang positif terhadap keadilan polisi kerajaan ke arah integrasi nasional memandangkan mereka mempunyai maklumat mengenai polisi-polisi kerajaan dan mereka dapat merasai sendiri keadilan polisi negara ke arah integrasi etnik. Beliau berpendapat pelaksanaan polisi ke arah integrasi nasional oleh kerajaan dianggap adil dan dapat diterima oleh golongan belia di Malaysia.
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah (2014), telah membuat kajian bagi melihat bagaimana komuniti Cina peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mereka dalam masyarakat Melayu di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. Hasil kajian mendapati memang wujud integrasi sosial dan budaya yang tinggi antara komuniti Cina peranakan Kelantan dengan kaum Melayu, Cina dan Siam. Dalam hal ini, interaksi adalah tinggi di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar memandangkan di luar bandar peratusan orang Melayu adalah lebih tinggi.
Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, Hazri b. Jamil Najeemah bt. Mohd. Yusof (2013), membuat kajian bagi melihat apakah wujud sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan pelbagai etnik di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Hasil kajian mendedahkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina , etnik , jenis sekolah rendah asal dan mengikut tingkatan. Dengan kata lain, prejudis dan stereotaip tidak ketara berlaku dalam warga murid sekolah berkenaan. Suzana Sulaiman (2013) menjalankan kajian bagi mengenal pasti tahap perpaduan etnik dalam kehidupan seharian pelajar Program Diploma Universti Malaysia Perlis yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berlaian budaya, bahasa dan agama. Kajian telah dilakukan dari aspek kadar toleransi, perhubungan, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Hasil kajian mendapati tahap hubungan etnik dari aspek kehidupan seharian pelajar adalah pada tahap sederhana. Pelajar menunjukkan kecenderungan ke arah hubungan yang lebih positif terhadap etnik lain walaupun masih terdapat segelintir pelajar yang belum dapat menyesuaikan diri dengan pelajar berlainan etnik.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010) dalam kajiannya mendapati bahawa elemen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Tidak dapat dinafikan keadaan masih tidak banyak berubah sehingga ke hari ini memandangkan elemen sosio-politik perkauman telah melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Realitinya integrasi masih lagi samar dan sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Terdapat juga kajian mengenai integrasi kaum di peringkat pengajian tinggi.Hamidah Abd Rahman, (et.al 2011) membuat kajian tentang tahap hubungan sosial dan patriotisme dalam kalangan pelajar tahun satu UTM Kampus Johor Bahru. Hasil kajian mendapati tahap hubungan sosial pelajar tahun satu adalah berada pada tahap sederhana. Manakala patriotisme pula berada pada tahap tinggi. Kajian ini memperlihatkan bahawa tahap integrasi dalam kalangan pelajar adalah masih belum membanggakan kerana kebanyakan masih mempunyai perasaan etnosentrisma yang masih menebal. Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Daud (2002 melakukan kajian bagi melihat sejauh mana golongan pelajar bergaul dan berinteraksi dalam kampus. Hasil kajian ini mendapati program yang melibatkan aktiviti bersama, pertukaran program budaya, meningkatkan tahap kefasihan bahasa, dan pemahaman antara agama dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Sayuti (et.al 2004) juga membuat kajian yang sama iaitu meneliti mengenai hubungan dan interaksi kaum di IPT dan hasil kajian menunjukkan terdapat kecenderungan suasana/iklim interaksi antara kaum di dalam kampus yang lebih positif. Dengan kata lain, hubungan antara kaum di dalam kampus lebih cenderung kearah positif. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak berpersepsi adanya suatu kehidupan yang terpecah belah disebabkan oleh perbezaan latar belakang kaum atau etnik mereka.
Berdasarkan kepada kajian lepas didapati belum ada kajian yang menjurus kepada integrasi kaum dalam rancangan pembangunan negara atau dengan kata lain dalam polisi pembangunan kerajaan. Dengan adanya kajian ini ia akan membantu kerajaan melihat apakah ada perkaitan antara dasar kerajaan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan mencadangkan langkah-langkah tertentu bagi memperbaiki kelemahan tersebut .
2.ELEMEN INTEGRASI KAUM
Secara khususnya matlamat DPN dengan jelas menyatakan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu dan adil. Oleh itu, penekanan adalah diberikan kepada pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama bagi membolehkan semua rakyat Malayia menyertai semua aktiviti ekonomi negara yang akhirnya menyumbang kepada kestabilan politik dan perpaduan negara. Antara lain DPN digubal bagi memenuhi aspek berikut:
1. mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama
2. memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan
3. mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia
4. menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar
5. membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara
6. memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat
7. menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden
8. memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Antara matlamat pembangunan seimbang yang menjurus kepada integrasi kaum adalah:
1. prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi memastikan pencapaian agihan kekayaan negara secara yang adil dan saksama.
2. pembangunan masyarakat yang seimbang adalah perlu bagi menjamin kestabilan politik dan sosial.
Dalam hal ini, pembangunan ekonomi yang seimbang adalah perlu bagi memastikan pertumbuhan yang stabil, mengurangkan konflik sosial, menggalakkan keharmonian di antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan negara. Dalam hal ini, pihak kerajaan menyasarkan agar penyertaan kaum Bumiputera dalam pekerjaan profesional yang berpendapatan tinggi, meningkat daripada 29 peratus kepada 32.3 peratus dalam tempoh tersebut. Manakala penyertaan Bumiputera dalam sektor moden, seperti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bukan kerajaan, akan dipertingkatkan dengan adanya pertambahan penawaran tenaga manusia yang berpendidikan serta berkemahiran tinggi. Untuk itu, Bumiputera diberi peluang bagi membolehkan mereka menyertai pekerjaan mahir di sektor swasta.
Penyusunan semula gunatenaga juga adalah untuk meningkatkan penyertaan bukan Bumiputera di peringkat pertengahan dan tinggi dalam perkhidmatan awam. Untuk mencapai cita-cita ini, pihak kerajaan menawarkan kepada sektor swasta agar mengambil tindakan yang serupa dengan mempertingkatkan pengambilan gunatenaga Bumiputera di peringkat profesional, pengurusan dan eksekutif supaya dapat diperbaiki lagi struktur gunatenaga di antara kaum dalam sektor tersebut. Dalam aspek penyusunan semula sektor syarikat, penyertaan Bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus dalam sektor ini akan terus dipertingkat. Menyedari akan hakikat yang matlamat ini memerlukan masa untuk dicapai, kerajaan tidak menetapkan jangka masa tertentu untuk pencapaian matlamat penyusunan semula modal saham sekurang-sekurangnya 30 peratus.
1. Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negara di samping mengambil kira persekitaran luar negara2. Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa3. Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan4. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang6. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif8. Menyokong perkongsian pintar dan berkesan9. Menghargai khazanah alam sekitar10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, ternyata bahawa setiap rancangan pembangunan lima tahun negara sentiasa memastikan elemen perpaduan dan integrasi kaum menjadi agenda penting negara di samping pembangunan sosioekonomi. Dengan meneliti setiap rancangan pembangunan negara, ia dengan jelas memperlihatkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk menghapuskan ketidakseimbangan kaum khususnya dari segi ekonomi. Usaha ini telah dilakukan secara menyeluruh, tidak sahaja tidak semenanjung Malaysia malahan mencakupi Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan orang asli tidak ketinggalan mendapat perhatian dari pihak kerajaan untuk sama-sama menikmati pembangunan negara. Fokus kerajaan adalah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat khususnya golongan Bumiputra agar mereka bersama-sama dengan golongan bukan Bumiputra memasuki gerbang perdagangan dan perindustrian dan bukannya bertumpu kepada sektor pertanian dan industri kecil semata-mata. Pujian harus diberikan kepada kerajaan Malaysia kerana sentiasa meraikan pelbagai kaum dalam setiap rancangan pembangunan negara. Tetapi usaha tersebut banyak berlaku di peringkat makro dan kurang menekankan kepada integrasi dari aspek rohani. Ini memandangkan faktor-faktor seperti kepelbagaian budaya dan pemikiran sesetengah kaum masih lagi menebal menyebabkan integrasi dan perpaduan nasional di peringkat bawahan kurang berjaya. Mungkin pihak kerajaan perlu mengadakan lebih banyak program kesedaran untuk mengubah pemikiran masyarakat Malaysia bagi mengurangkan sikap individualistik, etnosentrik, prejudis dan stereotaip.
RUJUKAN
Dzuhailmi Dahalan, Haslinda Abdullah, Sulaiman Md. Yassin, Keadilan polisi ke arah integrasi nasional di Malaysia: Persepsi generasi baharu GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 11 issue 6 (78 - 86) 78© 2015, ISSN 2180- 2491.
https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/download/18780/6010
Hamidah Abd Rahman, Norlin Ahmad, Nor Akmar Nordin, Norashikin Mahmud, Rozianan Shaari, Shah Rollah Abdul Wahab, Kajian Tinjauan Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Kampus Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jurnal Teknologi, Vol 54, Jan. 2011.
https://journals.utm.my/jurnalteknologi/issue/view/25
eprints.utm.my/id/eprint/14559
Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional dalam Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005”, UKM.
https://www.academia.edu/24646640/KAJIAN_MENGENAI_HUBUNGAN_ETNIK_DAN_INTEGRASI_NASIONAL
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah, Jatidiri Kaum dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan di Malaysia, Kajian Malaysia, Vol. 32, No.1, 2014, 119–148, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
web.usm.my/km/32(1)2014/KM 32(1) 2014 - ART5 (119-147).pdf
Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim,Hazri b. Jamil, Najeemah bt. Mohd. Yusof, Prejudis dan Stereotaip Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia, Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013).
https://docplayer.net/30453187-Prejudis-dan-stereotaip-dalam-kalangan-murid-pelbagai-etnik-di-sekolah-menengah-kebangsaan-malaysia.html
JADUAL AGIHAN TUGAS
Comments
Post a Comment